Kemenangan kita di dalam menentang kuasa iblis terletak dalam kuasa Tuhan. Namun untuk menggenggam kemenangan
tersebut memerlukan keberanian iman.
Ayat alkitab untuk hari ini = Ester 5:3
Tanya raja kepadanya:"Apa maksudmu, hai Ratu Ester, dan apa keinginanmu? Sampai setengah kerajaan sekalipun akan diberikan kepadamu."
ESTER 7
Datanglah raja dengan Haman untuk dijamu oleh Ester, sang ratu.Pada hari yang kedua itu, sementara minum anggur, bertanyalah pula raja kepada Ester: "Apakah permintaanmu, hai ratu Ester? Niscaya akan dikabulkan. Dan apakah keinginanmu? Sampai setengah kerajaan sekalipun akan dipenuhi."Maka jawab Ester, sang ratu: "Ya raja, jikalau hamba mendapat kasih raja dan jikalau baik pada pemandangan raja, karuniakanlah kiranya kepada hamba nyawa hamba atas permintaan hamba, dan bangsa hamba atas keinginan hamba. Karena kami, hamba serta bangsa hamba, telah terjual untuk dipunahkan, dibunuh dan dibinasakan. Jikalau seandainya kami hanya dijual sebagai budak laki-laki dan perempuan, niscaya hamba akan berdiam diri, tetapi malapetaka ini tiada taranya di antara bencana yang menimpa raja." Maka bertanyalah raja Ahasyweros kepada Ester, sang ratu: "Siapakah orang itu dan di manakah dia yang hatinya mengandung niat akan berbuat demikian?" Lalu jawab Ester: "Penganiaya dan musuh itu, ialah Haman, orang jahat ini!" Maka Hamanpun sangatlah ketakutan di hadapan raja dan ratu. Lalu bangkitlah raja dengan panas hatinya dari pada minum anggur dan keluar ke taman istana; akan tetapi Haman masih tinggal untuk memohon nyawanya kepada Ester, sang ratu, karena ia melihat, bahwa telah putus niat raja untuk mendatangkan celaka kepadanya. Ketika raja kembali dari taman istana ke dalam ruangan minum anggur, maka Haman berlutut pada katil tempat Ester berbaring. Maka titah raja: "Masih jugakah ia hendak menggagahi sang ratu di dalam istanaku sendiri?" Tatkala titah raja itu keluar dari mulutnya, maka diselubungi oranglah muka Haman.Sembah Harbona, salah seorang sida-sida yang di hadapan raja: "Lagipula tiang yang dibuat Haman untuk Mordekhai, orang yang menyelamatkan raja dengan pemberitahuannya itu, telah berdiri di dekat rumah Haman, lima puluh hasta tingginya." Lalu titah raja: "Sulakan dia pada tiang itu."Kemudian Haman disulakan pada tiang yang didirikannya untuk Mordekhai. Maka surutlah panas hati raja.
Cerita kali ini kita boleh dapat dalam Ester 7. Akhirnya apabila Ester yakin yang dia telah mendapat kedudukan di hati raja, dia mengambil keputusan untuk mendekati raja walaupun ianya sangat berisiko tinggi unduk mendapat hukuman mati.
Namun begitu, apabila raja mengambil keputusan untuk melanjutkan tongkat tanda persetujuan raja terhadap permintaan Ester, Ester tidak pula datang sebaliknya menjemput raja dan Haman untuk ke satu jamuan. Di dalam jamuan itulah Ester membangkitkan tentang isu deskriminasi terhadap orang - orang Yahudi.
Adakah Ester takut? mengatur strategi?berlambat-lambat? Walau apa pun, hujah dan usaha-usaha ester mendapat hasil yang baik. Kaumnya mendapat perlindungan dari raja dan Haman mendapat hasil sebaliknya.Kini Haman menjadi mangsa kemurkaan raja. Ester, mordekhai dan kaum yahudi mendapat kemenangan dari Allah.
Pelajaran kita kali ini memberi tumpuan terhadap kemenangan melalui Kristus terhadap dosa dan godaan. kemenangan kita dalam menentang kuasa iblis adalah kerja Tuhan tetapi menggenggam kemenangan memerlukan keberanian seperti yang terdapat pada Ester. Ia juga memerlukan iman bahawa Tuhan boleh membawa kita keluar dari keadaan yang paling teruk sekalipun.
TAHUKAH ANDA?
Pada zaman dahulu, musuh yang dikalahkan akan mengalami keadaan yang teruk. semua tawanan perang berkemungkinan untuk dibunuh atau diambil sebagai hamba. tetapi beberapa tawanan yang kaya, dapat melepaskan diri dengan memberikan wang tebusan.
Namun begitu hanya sedikit sahaja yang bernasib baik. mereka berkemungkinan akan didera, digantung ataupun dihalau dari kediaman mereka, dipancung, disalibkan ataupun dibakar, dan semua ini bergantung kepada teknologi yang dimiliki oleh pihak yang menawan.
Alkitab mengatakan bahawa selepas Ester memberitahu raja bahawa dia berkemungkinan akan menjadi mangsa oleh rancangan Haman, Haman akhirnya digantung di tali gantung yang dibina untuk Mordekai. Tidak lama kemudian, Ester meminta supaya anak-anak Haman yang 10 juga digantung-adalah kebiasaan bagi mereka yang menang untuk memusnahkan semua ahli keluarga musuh mereka, supaya tidak ada lagi yang akan melakukan kejahatan yang sebelumnya.
Sebagai Kristian, kita diberitahu untuk mencintai musuh kita. Bagaimanakah kita melihat idea mengenai membalas dendam kepada musuh yang dikalahkan sesuai dengan idea Yesus mengenai pengampunan? Apakah jenis "kemenangan" yang Tuhan janjikan kepada kita?
BAHAGIAN PERBINCANGAN
1. Beberapa cerita alkitab, seperti cerita Ester, bermaksud kemenangann kepada musuh yang mengancam kita. Adakah anda mempunyai musuh seperti itu? Tuhan menjanjikan kemenangan kepada kita dalam pencubaan dalam dunia ini, dosa, dan juga cabaran di dalam hidup kita. Dalam bahagian apakah yang anda mahu lihat kemenangan dalam hidup anda masa ini?Cuba fikirkan masa dalam hidup anda apabila Tuhan memberikan anda kemenangan untuk melalui situasi yang sukar. Apakah reaksi anda?
2. Apakah yang akan anda lakukan jikalau raja memberikan tawaran "separuh daripada kerajaannya?" Tawaran yang sangat murah hati daripada Raja Arthasta ini cuba menunjukkan kepada kita bertapa murahnya hati raja tersebut. Tapi Raja kita di syurga tidak membuat janji-janjij yang keterlaluan.(EFESUS 3:20) Jika anda berjalan menuju kepada takhtha Tuhan dan dia memberikan tawaran lebih daripada yang anda boleh minta dan bayangkan, apakah perkara yang akan anda minta daripada Tuhan?
3."Musuh" kita mungkin manusia yang sebenar, mungkin pembuli yang suka membuli anda, ataupun mereka yang menghalang kita daripada menghalang kita daripada melakukan perkara yang benar. Tetapi lebih kerap "musuh" yang kita cuba lawan adalah lebih kepada "musuh" kerohanian, dan musuh tersebut berakar dalam diri kita-pencubaan dan cabaran yang perlu kita atasi. (ROMA 8:31 dan EFESUS 6:10-12)
4.Kadangkala apabila anda berada dalam situasi yang rumit, sama seperti Ester, sukar untuk mempunyai iman di mana Tuhan akan memberikan kemenangan kepada kita. Berfikir tentang cerita Alkitab juga pengalaman-pengalaman di mana Tuhan menang, boleh menyebabkan iman kita akan lebih kuat lagi.Sementara anda meikirkan situasi "peperangan" anda sendiri, Cerita iman dari Alkitab, dari mereka yang anda kenal, ataupun dari pengalam anda sendiri-memberikan anda dorongan dan juga inspirasi?Renungkan cerita tersebut dan ingat mungkin, ia akan mengambil sedikit masa, tetapi Tuhan sentiasa menjanjikan kemenangan.
Source:Cornerstone connections
No comments:
Post a Comment