Anda adalah Pelawat Yang Ke-

Friday, November 9, 2012

Memimpin Mereka Pulang


Kepimpinan Ezra menunjukkan keinginan untuk berada di dalam perhubungan yang betul dengan Tuhan dan mempunyai keinginan untuk umat-umat Tuhan-Kualiti yang masih ddiperlukan untuk pemimpin masa kini-


CERITA ALKITAB HARI INI:-
               ESTER 7-10

Ezra sedang bersedia untuk membawa anak - anak israel untuk pulang-sekurang-kurangnya sesiapa saja yang mahu ikut Ezra untuk pulang. Ezra ialah seorang yang kuat dan terpelajar. Dia merupakan pemimpin, guru dan penurut kepada undang-undang dan keinginan Tuhan. cerita diteruskan dengan memberitahu kita bahawa terdapat ramai umat israel telah kembali dengan Ezra walaupun dia terpaksamelakukan pelbagai rayuan untuk mendapat apa yang dia perlukan untuk dibawanya bersama.
      Ezra menyedari bahawa walaubagaimanapun sebegitu ramai orang israek yang kembali bersama dengan dia tidak mengikut kehendak Allah. Ezra juga perlu berhadapan dengan isu perkahwinan campur. Poin utama sebenarnya lebi besar daripada isu kahwin campur ; ianya adalah tentang mengikut perintah -perintah Tuhan.
     Minggu ini kita akan belajar tentang bagaimana kita perlu sedar bahawa menjadi seorang pemimpin adalah sesuatu yang semua orang boleh buat dengan sikap dan keinginan untuk mempelajari kehendak Tuhan. Walaupun kita tidak tahu Ezra sebenarnya bagaimana, tetapi kita boleh menduga yang dia adalah seorang yang berdisiplin, mempunyai keinginan untuk belajar yang tinggi dan kegairahan untuk membantu umat-umat Tuahn. kita seharusnya mengajar anak-anak muda untuk kearah nilai-nilai yang sama.
_________________________________________________________________________________________________________________________________
Ilustrasi:-

Alexander the Great, the Greek king, once led his
troops across a hot, arid desert. After nearly two
weeks of marching, he and his soldiers were near
death from thirst, yet Alexander pushed ahead.
In the noonday sun, two of his scouts brought
what little water they were able to find. It barely filled a
cup. Alexander’s troops were shocked when he
poured the water into the burning sand.
The king said, “It is of no use for one to drink when
many thirst.”


Sementara Alexander mencapai banyak kemenangan, dia juga mempunyai beberapa kelemahannya yang tersendiri. Apabila kita membandingkan kepimpinan Alexander dengan kepimpinan Ezra, kita boleh melihat perbezaan yang sangat ketara.
Sementara Ezra sanggup untuk menjadi pemimpin yang selalu ada semasa kesusahan, dia juga mempunyai titik permulaan yang berbeza dengan Alexander.

Kepimpinan Alexander lebih kepada dirinya sendiri, manakala Ezra selalu mencari kasih Tuhan dalam memimpin umat-umat Tuhan. Ezra tidak pernah membiarkan egonya melebihi tanggungjawabnya kepada Tuhan dan kepada orang yang mempercayai dia.

Sebagai  pemimpin yang hidup dalam kepimpinan Tuhan, kita hendaklah rela menyerahkan diri kita untuk menurut kehendakNya, sentiasa mencari kasihNya dan mempelajari setiap perkataanNya. Apabila kita merendahkan diri di hadapan Tuhan, Dia akan memberikan kita kekuatan dan kebijaksanaan untuk memimpin umat-umat Nya walau ke mana sekalipun Tuhan ingin mereka pergi.
 __________________________________________________________________________________________________________________________________
 Apa Pendapat Anda??
Adakah anda suka pulang ke kampung halaman anda?
Tidak ada sesuatu yang lebih indah daripada pulang ke kampung halaman selepas satu tempoh yang panjang. anda boleh bayangkan bagaimana perasaan anda pulang setelah sekian lama?


TAHUKAH ANDA?
Sekitar 40,000 orang israel telah kembali bersama dengan Ezra pada waktu itu. Ini bukanlah keseluruhan bangsa Israel, tetapi ini merupakan satu jumlah yang besar. Persoalan mengapa ramai yang tidak kembali ke Yerusalem pada waktu itu juga harus dipertimbangkan. Mungkin kita boleh melihatnya pada ayat-ayat yang berikut, perkahwinan campur merupakan satu masalah yang besar pada waktu itu. Kemungkinan juga oleh kerana dalam masa penawanan yang begitu panjang sehingga mereka merasa begitu selesa dengan hidup di negara asing dan mereka tidak sanggup lagi meninggalkannya. sekiranya anda berada di tempat mereka, adakah anda akan pulangke yerusalem ataupun tinggal di negara asing tersebut?


No comments:

Post a Comment